MENILAI KEGUNAAN BAHAN KOMPOSIT
Kompisit dibentuk melalui gabungan beberapa bahan bersama-sama untuk membentuk struktur keseluruhan yang lebih baik berbanding komponen individual.
Bahan komposit (atau komposit) merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan. Salah satu bahan biasanya gentian yang kukuh seperti gentian kaca, kevlar atau gentian karbon yang memberikan bahan tersebut kekuatan tensil, sementara bahan lain (dinamakan matriks) biasanya sejenis bahan berdamar seperti polyester atau epoxy yang memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras dan kukuh. Ada bahan komposit yang menggunakan aggregrat selain daripada, atau bersama-sama gentian.
Contoh bahan komposit:
- Plastik diperkukuhkan dengan kaca atau GRP
- komposit matriks logam
- komposit matriks seramik
- Perisai Chobham
- papan lapis
CONTOH BAHAN KOMPOSIT
|
KOMPONEN BAHAN KOMPOSIT
|
SUPERKONDUKTOR
|
Seramik- kuat
Logam dan oksida logam-mengkonduksikan arus elektrik
|
GENTIAN OPTIK
|
Seberkas tali kaca
Plastik yang diselaputi selapisan kaca – keupayaan pemancaran yang tinggi
|
GENTIAN KACA
|
Kaca – kuat,keras dan berketumpatan tinggi tetapi rapuh
Plastik – kenyal, mudan dilentur, fleksibel
|
KACA FOTOTROMIK
|
Bahan fotokromik – argentum klorida dan hablur kuprum klorida
|
KONKRIT YANG DIPERKUKUH
|
Simen – kuat tetapi rapuh dan lemah terhadap regangan
Keluli – kekuatan regangan yang baik
|
BAHAN KOMPOSIT
|
KEGUNAAN
|
SUPERKONDUKTOR
|
-Kereta api laju
-Mesin imej resonans bermagnet (MRI)
-Penjana elektrik
-Transformer
|
GENTIAN OPTIK
|
-Kamera video
-Endoskop untuk memeriksa organ manusia
-Rangkaian kawasan setempat
|
GENTIAN KACA
|
-Tangki penyimpanan air
-Raket badminton
-Topi keledar
-Papan luncur salji
|
KACA FOTOTROMIK
|
-Kanta optik
-Cermin penahan angin
-Kanta kamera
|
KONKRIT YANG DIPERKUKUH
|
-Pembinaan bangunan pencakar langit
-Jambatan
-Pelantar minyak
-Lebuh raya
|
- Wajarkah penggunaan komposit?
Pada pendapat saya, kegunaan bahan komposit adalah wajar kerana bahan komposit banyak menyumbang dalam menghasilkan sesuatu projek bertaraf dunia untuk memenuhi wawasan 2020. Malaysia akan lebih maju dan menjadi negara yang menyediakan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia seperti negara-negara jiran yang berteknologi tinggi seperti negara Jepun.
No comments:
Post a Comment