MEMAHAMI PEMBUATAN ASID SULFURIK
- Kegunaan Asid Sulfurik
Asid Sulfurik digunakan secara meluas sebagai bahan kimia pengilangan. Kegunaan utamanya termasuk penghasilan baja, memproses bijih, sintesis kimia, pemprosesan air kumbahan dan penapisan minyak.
Asid sulfurik telah ditemui oleh seorang ahli sains and alkimia Islam, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pada kurun ke-9. Beliau telah memperoleh asid sulfurik dengan penyulingan kering mineral-mineral vitriol tertentu.
PROSES PEMBUATAN ASID SULFURIK
PROSES PEMBUATAN ASID SULFURIK
SECARA INDUSTRI
PERINGKAT I: Penghasilan sulfur doksida
Penghasilan sulfur dalam udara (gas oksigen ) untuk menghasilkan gas sulfur dioksida.
PERINGKAT II: Penghasilan Sulfur Trioksida
Gas sulfur dioksida yang terhasil ditulenkan untuk menyingkirkan arsenik yang meracuni mangkin dalam tindak balas. Gas sulfur dioksida kemudiannya dipanaskan bersama-sama gas oksigen kering yang berlebihan.
PERINGKAT III: Penghasilan asid sulfurik
Sulfur trioksida yang terhasil dialir melalui asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum. Pencairan oleum dengan air menghasilkan asid sulfurik.
Platinum danVanadium oksida bertindak sebagai mangkin dalam proses sentuh. Vanadium oksida lebih biasa dgunakan daripada platinum walaupun vanadium oksida kurang berkesan . Ini disebabkan Vanadium oksida lebih murah dan tidak mengalami keracunan arsenik.
- SULFUR DIOKSIDA MENCEMARKAN ALAM SEKITAR
Gas sulfur dioksida melarut dalam air hujan dan menghasilkan asid sulfurus (sulfurous acid).
Sulfur dioksida juga bertindak balas dengan oksigen di udara untuk menghasilkan sulfur trioksida.
Sulfur trioksida yang melarut dalam air hujan menghasilkan asid sulfurik.
Asid sulfurus dan asid sulfurik menyebabkan hujan asid dengan nilai pHnya lebih rendah daripada 5.6.
Hujan asid yang bersifat mengakis merosakkan bangunan yang berstruktur logam, berbatu marmar, atau konkrit.
Hujan asid yang mengalir ke dalam sungai, tasik, atau lautan akan menukarkan pH air dan menyebabkan kematian hidupan akuatik.
Hujan asid juga mengubah pH tanah dan menyebabkan kualiti tanaman terjejas.
Kita harus mengurangkan pembebasan gas sulfur dioksida ke atmosfera.
Selain itu, teknologi untuk menyingkirkan kandungan sulfur dalam bahan api fosil harus digalakkan.
No comments:
Post a Comment